Monday, March 16, 2009

SUASANA DI PARLIMEN BUKIT GANTANG


Map Bukit Gantang Melalui Satellite


Beginilah suasana menjelang pilihanraya kecil P59 Bukit Gantang....Perang Poster di merata tempat........

Ini pula perang poster provokasi parti Pembangkang... di Kuala Sepetang.....

Wahhh... panas nampak gayanya Pilihanraya Kecil di P59 Parlimen Bukit Gantang...BN & UMNO perlu berkerja kuat bagi memastikan kerusi Parlimen kali ini berpindah milik.... Chayok..Chayok..

Saturday, March 14, 2009

ISMAIL SAFIAN, CALON BN BUKIT GANTANG

Ismail Saffian merupakan Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April. Beliau berazam untuk memberikan khidmat sebaik mungkin kepada masyarakat di situ sekiranya diberikan kepercayaan untuk menjadi wakil mereka
Biodata Ismail Safian:
  • Berumur 49 tahun
  • Berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang
  • Mempunyai seorang isteri, Poziah Noh, 45
  • Mempunyai lima cahaya mata, dua lelaki dan tiga perempuan
  • Lulusan dari Universiti Sains Malaysia, Jurusan Perumahan
  • Berkhidmat sebagai Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara
  • 1984 - Memulakan kerjaya sebagai guru
  • 1988 - Setiausaha Majlis, Majlis Daerah Kerian
  • 2000- Setiausaha Majlis, Majlis Perbandaran Manjung
  • 2008 -Setiausaha Majlis, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
  • Penghujung 2008 - 2009 - Di naikkan pangkat kepada kerjaya kini
    Beliau merupakan Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Kubu dan pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Umno Bahagian Bukit Gantang dan jawatan terakhirnya adalah Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang. Ismail juga pernah bertanding untuk jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang pada tahun lepas namun tewas kepada Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Trong Datuk Rosli Husin.Beliau menyatakan akan memohon untuk bersara secara pilihan daripada jawatan itu pada Isnin ini.

RAJA PERLIS TIADA HASRAT CAMPUR TANGAN

Photo: Majlis Angkat Sumpah Anggota Exco Kerajaan Negeri Perlis, di Istana Arau.

Kangar - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah baginda tidak berhasrat campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri yang baginda sifatkan semakin bertambah baik. Namun sekiranya terdapat perkara yang memerlukan nasihat, baginda akan tetap mengeluarkan teguran dan nasihat itu.
Baginda juga menyatakan tahap penyimpan rahsia kerajaan didapati semakin baik dan tiada rahsia dibocorkan sebelum mesyuarat Exco bermula. Ini kerana suatu ketika dahulu pernah berlaku kes apabila perkara yang patut dibincangkan dalam mesyuarat Exco telah diperkatakan di kedai-kedai kopi, malah lebih keterlaluan apabila ada orang luar yang tahu keputusan mesyuarat Exco, titah Tuanku Syed Sirajuddin.
"Ingatlah jangan bocor rahsia kerajaan kepada orang luar sebelum ia di luluskan," titah baginda. Baginda turut menasihati semua wakil rakyat termasuk Exco kerajaan negeri supaya sentiasa menilai pencapaian perkhidmatan mereka samaada benar-benar berkesan kepada negeri dan rakyat.
Tuanku Syed Sirajuddin besyukur kerana kerajaan negeri tidak lagi menghulurkan 'ikan' kepada rakyat, sebaliknya telah mula memberikan 'pancing' untuk mereka mula berdikari.
"Perkara ini mustahak kerana ekonomi pun rumit. Kalau beri ikan sahaja kepada rakyat, maka rakyat akan hadapi masalah di masa depan", titah baginda.
Bagaimanapun, baginda melahirkan rasa kecewa kerana ada wakil rakyat tidak menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan dan mesyuarat tertentu menyebabkan tanggungjawab mereka menjadi tidak berkesan. Titah baginda pada majlis angkat sumpah anggota Exco Kerajaan Perlis di Istana Arau yang di hadiri oleh kesemua wakil rakyat kecuali anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, dan ADUN kawasan Sanglang. (Sumber: Sinar Harian, 14/3/09).

TAHNIAH ADUN CHUPING; PERLANTIKAN BARU EXCO NEGERI PERLIS

Photo: YB Mansur menerima watikah perlantikan daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin
Tahniah YB En. Mansur b. Jusoh, ADUN Chuping di atas perlantikan baru sebagai Exco Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita, Pengangkutan dan Alam Sekitar. Perlantikan YB En. Mansur b. Jusoh ini akan berkuatkuasa pada 19 Mac ini. Pemilihan beliau berdasarkan hubungan akrab beliau dengan masyarakat dan beliau juga berpengalaman bertugas sebagai Penghulu suatu ketika dahulu. Majlis perlantikan beliau di adakan di Bilik Hijau, Istana Arau, di sini.

Perlantikan ADUN Chuping ini bermakna keahlian ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis kini berjumlah lapan orang. Ketika Majlis Angkat Sumpah berlangsung, kesemua wakil rakyat hadir kecuali ADUN Tambun Tulang (Dato' Seri Shahidan b. Kasim) dan ADUN Sanglang (Hashim Jasin) yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Perlis. Pada majlis ini, lapan orang mengangkat sumpah sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri termasuk perlantikan baru iaitu ADUN Chuping. Difahamkan, YB Mansur selaku Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis turut mengosongkan jawatan tersebut untuk memulakan tugas barunya.

Friday, March 13, 2009

KESELESAAN BUAT KITA MUDAH LUPA..

Kadang-kadang sakit hati juga dengan sikap manusia sekarang... mentang-mentanglah celik-celik mata saja dah merasai nikmat kemerdekaan, nikmat keamanan, nikmat kesenangan, sehingga tidak mahu langsung tunding ke belakang mencari susur galur yang membawa kepada kenikmatan yang kita kecapi selama ini... Itulah orang kita mudah lupa... Tun Dr. Mahathir selalu mengingatkan... ‘Orang Melayu mudah lupa’... Hari ini... kita sudah lupa kepada pejuang-pejuang dan parti politik yang menjadi akar umbi yang memperjuangkan kemerdekaan dan kebahagian kepada kita... yang kita tahu... apa yang kita tak dapat... yang kita fikirkan apa yang kita tidak puas hati... jadi mulalah kita berfikiran radikal.. inginkan perubahan.. lalu kita bersetuju untuk berReformasi... sedangkan reformasi itu bukannya adat budaya warisan nenek moyang kita... tetapi cuma cebisan pinjaman daripada pertelingkahan dan perbahalahan negara jiran kita... kekadang sedih juga memikirkan sikap orang kita yang suka meniru budaya orang... baik atau buruk tidak pernah difikirkan kesannya... yang kita tahu... untuk memuaskan hati kita sahaja...
Begitu juga dengan politik kita hari ini… pembangkang cuma tahu menuding jari mengatakan UMNO sudah tidak relevan lagi… sedangkan dengan pejuangan UMNO inilah.. Malaysia dapat berdaya saing seGAH hari ini… Kerja pembangkang, cuma tahu membangkang sahaja.. apa yang berlaku pada rakyat.. tak pernah di ambil peduli.. paling menyedihkan Agama Islam dipolitikkan untuk menghalalkan cara dan corak perjuangan masing-masing. Yang menjadi mangsa adalah rakyat yang rela menjadi seperti lembu di cucuk hidung…berlakon bersama-sama, menyalak dan berarak untuk tujuan yang jika difikirkan dengan akal yang waras… tidak wajar sama sekali..tapi itulah realiti masa kini, keselesaan di bawah payung UMNO dan Barisan Nasional lebih 60 tahun membuatkan ramai yang alpa.. sehingga terdetik di hati kecil, untuk membuat perubahan yang mereka sendiri tak pasti kesannya kepada anak cucu di kemudian hari..Buatlah pertimbangan yang bijak selagi ada kesempatan…

Wednesday, March 11, 2009

PEMBANGKANG SERUPA PAK PANDIR... TAK PERNAH TAHU BERSYUKUR...

Ada satu kisah, dari blog yang mengelar dirinya ustaz, membawa satu kisah Pak Pandir yang melenting apabila kerajaan mengumumkan 'Bajet 60 Million'...

“Pandir, kau tak tengok TV ke? Kerajaan buat bajet mini 60 bilion. Banyak tu”, sergah Mat JKKK yang berinya bendera dulu mengejutkan dia daripada lamunan."...

“Boleh blahlah dengan 60 bilion ka, 60 trilion ka, 60 Zrilion, apa ka…aku apa dapat?”. Golok bodoh di tangannya dilibas-libas."
Inilah sebenarnya gambaran sikap pembangkang... bila kerajaan umumkan sesuatu pemberian untuk meringankan beban rakyat... ramai yang melenting... ramai yang melompat... agaknya kalau boleh... pembangkang ni nak kerajaan menjadi Pak Pandir seperti mereka, cuma tahu bergebang di kedai kopi... bersembang.. mencaci orang itu... mengumpat orang ini... agaknya itu yang pembangkang nak kerajaan laksanakan....
Tindakan keluar Dewan Rakyat semalam oleh beberapa wakil pembangkang khususnya PAS dan PKR sewaktu Timbalan Perdana Menteri membentangkan pakej rangsangan ekonomi kedua semalam meyerlahkan lagi wajah sebenar pembangkang, yang sememangnya tidak berminat membantu negara di saat menghadapi kegawatan ekonomi tetapi lebih memikir ke arah untuk mendapatkan kuasa. Inilah sebenarnya muka-muka Pak Pandir Moden yang kerjanya tahu merungut... itu tak kena... ini tak kena.. tetapi bila di ajak bersama-sama berkerja untuk memabantu rakyat, terus angkat golok, libas-libas... tanda marah yang amat sangat.... Pak Pandir... Pak Pandir.. Kesian kat Mak Andeh... dapat suami macam Pak Pandir-Pak Pandir ini....

Sudahlah ketika pembentangan... ramai-ramai keluar dewan... tanda protes kononnya... jadilah Pak Pandir-Pak Pandir ni... bodoh sombong... lagaknya... bila pengumuman di buat... mulalah bertanya 'Dimana dapatnya RM 60 billion?... Mulalah hendak mempersoalkan dari mana jumlah dana yang besar ini di perolehi' ....Kekadang rasa sedih juga dengan sikap Pak-Pak Pandir Moden ini... bukannya tahu bersyukur atau mengembleng tenaga, idea dan usaha bagaimana untuk mengeluarkan rakyat daripada belengu kegawatan ekonomi, tetapi menambah beban kepada kerajaan lagi adalah... dengan cuba memesongkan pemikiran dan persepsi rakyat tentang ketelusan pengurusan ekonomi negara... malangnya ramai rakyat Malaysia hari ini sukakan Drama Realiti yang di bawa oleh Pak-Pak Pandir Moden ini....Agaknya jika di buat Realiti TV untuk drama sebabak... 'Akademi Fantasia' buat Pak Pandir, Pak Kaduk, Mat Jenin atau Hang Jebat... confirm... meletop punya rating TV bukan setakat Malaysia.. tapi luar Malaysia pasti berminat nak beli... ialahhh... yang menjadi pelakon rancangan ini pun bukan calang-calang orang lagaknya... Barrack Obama pun kalah...

Monday, March 9, 2009

PPSMI; KENAPA BERFIKIRAN CETEK HINGGA DEMONSTRASI...

SEDIH... PILU... KECEWA... MENGAPA PERLU BERDEMONSTRASI... UNTUK MEMBANTAH PPSMI... DI MANAKAH HILANGNYA KEBIJAKSANAAN PEJUANG-PEJUANG BAHASA YANG MENGELAR DIRI MEREKA SEBAGAI PROFESOR.. ATAUPUN SASTERAWAN NEGARA...SEHINGGA MEMILIH JALAN DEMONSTRASI UNTUK MELUAHKAN PERASAAN MARAH DAN BANTAHAN KEPADA KERAJAAN...
SEKIRANYA DI TEGUR.. TENTULAH MELENTING.. DENGAN ALASAN MEREKA MEMPUNYAI AKAL DAN FIKIRAN... TETAPI PERBUATAN MEREKA SEAKAN KEBUDAK-BUDAKAN... TIDAK PULA MEREKA FIKIRKAN...

TERDETIK JUGA DI HATI, MENGAPA PERLU DI PERBESARKAN ISU INI... IKHLASKAH PERJUANGAN PEJUANG-PEJUANG BAHASA INI... ATAUKAH MEREKA SENGAJA DI JADIKAN SEBAGAI ALAT OLEH PIHAK TERTENTU UNTUK KEPENTINGAN POLITIK PERIBADI SESETENGAH PIHAK... YANG CUBA 'MENANGGUK DI AIR KEROH'..


TERKADANG... TERASA BELAS JUGA MELIHAT KEMENTERIAN PELAJARAN BERJUANG MEMBERI SATU KAEDAH PENDIDIKAN YANG TERBAIK KEPADA GENERASI YANG MENDATANG... TETAPI DI TOLAK MENTAH-MENTAH OLEH PEJUANG-PEJUANG YANG BERFIKIRAN CETEK DAN DANGKAL SERTA KURANG MATANG...
JIKA DULU, MASYARAKAT MELAYU, BERFIKIRAN SEMPIT, TIDAK MAHU MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH INGGERIS KERANA TAKUT ANAK DI MURTADKAN, TETAPI KINI RUPANYA FIKIRAN ITU MASIH MENGUASAI MINDA SEKALIAN MELAYU DENGAN ALASAN TAKUT ANAK TIDAK TAHU BERBAHASA MELAYU DI KEMUDIAN HARI...


SEBENARNYA FIKIRAN INI YANG MEMBUNUH SEMANGAT KEMAJUAN PADA BANGSA MELAYU ITU SENDIRI... DI DOKONG OLEH PEJUANG-PEJUANG YANG MENGATAKAN MEREKA ADALAH PEJUANG BAHASA MELAYU TULEN... TIDAKKAH PEJUANG-PEJUANG TERSEBUT SEDAR... PENDIDIKAN YANG MEREKA TERIMA SEBELUM INI.. BUKANKAN BERTERASKAN BAHASA INGGERIS... HENDAK DI TANYA....ADAKAH KEPERIHATINAN BAHASA MELAYU MEREKA TERHAKIS, AKIBAT DARI SISTEM PEMBELAJARAN MEREKA DAHULU???... JAWAPANNYA TENTU SEKALI TIDAK... KERANA KITA LIHAT HARI INI JATI DIRI MEREKA MASIH UTUH DAN CEKAL DALAM MENCINTAI BAHASA MELAYU... JADI APA SEBENARNYA YANG MEREKA TAKUTKAN....

SEDARKAH MEREKA TINDAKAN MEREKA INI SECARA TIDAK LANGSUNG, MEREKA TELAH MEMBUKA SATU RUANG PERSEPSI KEPADA BANGSA LAIN BAHAWA MELAYU ITU LEMAH.. MELAYU ITU LEMBAB FIKIRAN SEHINGGA MEMERLUKAN BAHASA SENDIRI, BARULAH BOLEH MENGUASAI SESUATU ILMU, DAN SEKIRANYA ILMU ITU TIDAK DI AJAR DI DALAM BAHASA IBUNDANYA... MEREKA PASTI AKAN GAGAL... ITUKAH YANG PERJUANG BAHASA INGINKAN... TIDAKKAH MEREKA KASIHAN KEPADA ANAK-ANAK MELAYU... SUDAH BELAJAR SEPARUH JALAN... SUDAH DI SURUH BERHENTI... 'MENGAPA CEPAT MENGAKU KALAH SEBELUM SEMPAT BERTARUNG'... ADILKAH ITU?... IKHLASKAH ITU?

SIKIT-SIKIT PERBANDINGAN DENGAN JEPUN... TIDAKKAH MEREKA SEDAR JEPUN SEBELUM MENGUASAI SESUATU ILMU JUGA TERPAKSA MENGUASAI BAHASA LAIN, UNTUK MEMBOLEHKAN MEREKA MEMPEROLEH ILMU TERSEBUT... DAN KINI MEREKA JAUH BERIBU BATU DI HADAPAN KITA... MALANGNYA BANGSA KITA TERLALU EGO... JIKA DI KATAKAN BODOH SOMBONG... PASTI RAMAI YANG MARAH, HAKIKATNYA MEMANG KITA BODOH SOMBONG... SEHINGGA TERGAMAK MENGHALANG KEMAJUAN YANG BAKAL DI PEROLEHI OLEH ANAK CUCU KITA DENGAN MENGGUNAKAN ALASAN BAHASA... MALANG SUNGGUH...

YANG HAIRANNYA... KETIKA TERDAPAT CADANGAN SUPAYA BAHASA MANDARIN DI GUNAKAN SEBAGAI BAHASA PERTUTURAN DI SETIAP AGENSI KERAJAAN, TIADA PULA YANG MERUSUH ATAU MENGHANTAR MEMORANDUM MEMBANTAH CADANGAN TERSEBUT.... BEGITU JUGA KETIKA SEMUA PAPAN TANDA BERBAHASA MELAYU DAN JAWI DI PULAU PINANG DI TUKAR KEPADA PAPAN TANDA PELBAGAI BAHASA, TIADA PULA YANG BERDEMONSTRASI MENGHALANG... KENAPA DI BISUKAN BEGITU SAHAJA SEHINGGA TIMBUL KATA-KATA SINIS YANG MENGATAKAN...'PILIH BULU KE'.... TIDAK TERKEDU KE.. DENGAN SINDIRAN SEDEMIKIAN...
PALING MENDUKACITAKAN, PABILA PRESIDAN PAS, DATUK SERI HADI AWANG MELABELKAN GOLONGAN PENYOKONG PPSMI ADALAH 'CELAKA KERANA PPSMI MENGHILANGKAN JATI DIRI (HARAKAH, 23 FEB 2009)... ADUH... BAHASA.... SUDAH SERUPA KARPAL SINGH... GAYANYA... PATUTLAH ISLAM MELARANG BERSAHABAT DENGAN KAFIR... KERANA TAKUT KITA TERIKUT-IKUT BUDAYA DAN 'PEEL' MEREKA... INILAH NATIJAHNYA...

TAPI YANG PASTI... TINDAKAN BERDEMONSTRASI BUKAN JALAN TERBIJAK SEPATUTNYA, BUAT ORANG-ORANG YANG MENGAKU DIRI MEREKA BIJAK PANDAI.... MALANGNYA BILA ISU BAHASA INI DI POLITIKKAN, JADILAH BANGSA MELAYU BANGSA YANG DIPIJAK-PIJAK DAN DI CUCUK HIDUNGNYA.. DI AJAK MENYALAK... MENYALAK..., DI AJAK BERSORAK... SORAK... AKHIRNYA JADILAH KITA SEPERTI PAK KADUK YANG MENANG SORAK, KAMPUNGNYA TERGADAI.. FIKIR-FIKIRLAH... MULUT-MULUT MANIS DI LUAR SANA SUDAH LAMA MENGIDAMKAN MELAYU...TERSUNGKUR, LEMAH DAN REBAH... JADI SEDARLAH....

Friday, March 6, 2009

KETUANAN MELAYU VS KETUANAN RAKYAT

Ketuanan Rakyat ........
....Itulah istilah baru yang cuba di ketengahkan oleh seorang Pemimpin Bangsa Melayu sendiri... Dato' Seri Anwar Ibrahim... untuk tanah Melayu... Sedihnya... kenapa perlu di tukar Ketuanan Melayu yang kita warisi dari nenek moyang kita yang berbangsa Melayu kepada Tuan yang baru... iaitu Ketuanan Rakyat..berkongsi bersama Cina, India dan lain-lain... Siapakah mereka dahulu???... Adakah mereka dahulu Tuan bumi Tanah Melayu ini???... ....sehingga kita Melayu hari ini sanggup berkongsi hak keistimewaan bersama mereka sampai tampuk pemerintahan kita hendak kongsi dan kemudian serahkan kepada mereka???...

.... Itulah 'Melayu mudah lupa' kata Dr. M.....Ceritanya mudah sahaja....seperti rumah yang kita warisi daripada nenek moyang kita kepada ayah kita dan hari ini rumah itu milik kita, kita tumpangkan kepada orang asing kerana kesiankan mereka tidak berumah, malangnya dalam setandan pisang tidak semuanya elok.. ada pula seorang abang kita yang gila kuasa berebutkan hak mutlak rumah pusaka, sanggup menggadai apa sahaja kepada orang asing yang ditumpangkan semata-mata untuk memuaskan nafsu serakah diri...
yang merana adalah adik beradik yang lain, apabila rumah yang dipusakai turun temurun beralih nama menjadi hak milik bersama orang asing disebabkan dek ketamakan si abang ini... malangnya ada pula adik-adik yang kurang cerdik mengikut sahaja telunjuk si abang yang tamak kuasa, kerana di janjikan dengan beribu janji manis yang mengaburi mata... yang menjadi mangsa adalah adik-adik yang cuba mempertahankan rumah pusaka ini.... untuk dijadikan tempat berteduh buat zuriat yang mendatang kerana rumah pusaka itu cuma satu...dan itulah peninggalan harta nenek moyang dahulu yang bersusah payah membuka serta membina rumah pusaka itu menjadi satu tempat yang aman dan selesa untuk berteduh... tapi kini menjadi 'haru biru' dek reformis yang cuba di perkenalkan oleh si abang yang gila kuasa ini... adakah itu yang melayu kini mahu...Tuan yang baru untuk rumah pusaka peninggalan moyang Melayu kita dahulu???... Mungkinkah pepatah moyang Hang Tuah kita... 'Tak kan Melayu Hilang Di Dunia'... cuma akan tinggal sebagai kenangan sahaja... Pilihan kini di tangan kita.. Ketuanan Melayu atau pun Ketuanan Rakyat.. Tepuk dada tanya selera... Jangan pula nanti kita menjadi Melayu yang merempat.. masih sempat untuk kita merubah semuanya....

Sunday, March 1, 2009

BANGUNLAH WAHAI MELAYUKU


Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak gelombang yang berlaku baik dari segi politik, agama dan budaya. Babak-babak bermula apabila keputusan Sultan di sanggah, ada yang sanggup menderhaka, lebih berani lagi mengheret Sultan ke Mahkamah, malah ramai 'Pak Kaduk-Pak Kaduk moden' yang sanggup tidur, baring dan mengetuk cermin kereta di Raja semata-mata memprotes perlantikan kerajaan baru di Negeri Perak. Tidak cukup dengan itu Institusi di Raja di tentang dan 'ditelanjangkan' malah di jadikan bahan gurauan dan sindirin di blog-blog maya... oleh penulis-penulis yang tidak bertauliah. Bagi mereka institusi di Raja tiada gunanya kerana mereka sudah bersetuju dengan tindakan Karpal Singh (Bukan Melayu) mengheret Raja ke Mahkamah.


Bahasa Melayu juga di perlekehkan, apabila Parlimen yang menjadi pelindung kepada intipati Perlembagaan termasuk kemuliaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dijadikan platform untuk menggesa supaya bahasa lain diiktiraf di agensi kerajaan. Bunyinya seperti menuntut ekuiti tetapi puak yang mendakwa rakyat Malaysia sejati umpama tiada jati diri. Lebih menjengkelkan apabila wujud saranan supaya bahasa Mandarin di gunakan di agensi-agensi kerajaan. Jika benar niat si pencadang itu ikhlas, terima sajalah sekolah wawasan yang mampu membentuk penguasaan bahasa pelbagai kaum, dan terima jugalah sekolah kebangsaan yang matlamatnya menyatukan pelbagai bangsa. Janganlah baru setahun jagung memerintah sudah di pasang papan tanda pelbagai bahasa, yang hanya mengelirukan rakyat, ataupun kerana ego untuk menunjukkan kuasa atau sengaja ingin menutup sejarah.

Dikatakan buta tetapi celik, dikatakan bodoh mengaku cedik, tetapi bila sombong menguasai diri, bumi di pijak tidak lagi di junjung, malah di henyak-henyak, isu bumiputeraisme vs aparteid sudah cukup untuk kita membuat kesimpulan tentang penguasaan bahasa mereka lemah, malah pengetahuan sejarah juga cetek sehingga tergamak melahirkan kenyataan yang amat dangkal sekali. Wajarkah Dasar Ekonomi Baru (DEB) disamakan dengan aperteid, sedang bangsa sekutu mereka juga kaya raya mengaut keuntungan dari dasar ini.

Persoalannya satu demi satu isu termaktub di dalam perlembagaan berkaitan dengan Melayu di ungkit dan di persoalkan. Malah lebih sadis lagi, bukan melayu tergamak memanggil pemuda melayu celaka - tetapi masih ramai Melayu belum sedar, lena diulit mimpi-mimpi nan indah, berangan menjadi mat jenin moden. Bangunlah wahai melayuku... sedarlah dari mimpi... jangan kita di jadikan pak kaduk moden... menang sorak.. kampung tergadai...