Saturday, March 14, 2009

ISMAIL SAFIAN, CALON BN BUKIT GANTANG

Ismail Saffian merupakan Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April. Beliau berazam untuk memberikan khidmat sebaik mungkin kepada masyarakat di situ sekiranya diberikan kepercayaan untuk menjadi wakil mereka
Biodata Ismail Safian:
  • Berumur 49 tahun
  • Berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang
  • Mempunyai seorang isteri, Poziah Noh, 45
  • Mempunyai lima cahaya mata, dua lelaki dan tiga perempuan
  • Lulusan dari Universiti Sains Malaysia, Jurusan Perumahan
  • Berkhidmat sebagai Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara
  • 1984 - Memulakan kerjaya sebagai guru
  • 1988 - Setiausaha Majlis, Majlis Daerah Kerian
  • 2000- Setiausaha Majlis, Majlis Perbandaran Manjung
  • 2008 -Setiausaha Majlis, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
  • Penghujung 2008 - 2009 - Di naikkan pangkat kepada kerjaya kini
    Beliau merupakan Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Kubu dan pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Umno Bahagian Bukit Gantang dan jawatan terakhirnya adalah Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang. Ismail juga pernah bertanding untuk jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang pada tahun lepas namun tewas kepada Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Trong Datuk Rosli Husin.Beliau menyatakan akan memohon untuk bersara secara pilihan daripada jawatan itu pada Isnin ini.

1 comment:

NORTHERNMOI said...

Salam,

Jentera BN perlulah mempergiatkan usaha untuk terus menawan hati pengundi di Bukit Gantang. Jadikan pengalaman di Trengganun dan Permatang Pauh untuk merangka jentera gempur yang tersusun dan berkemahiran dalam semua aspek. Semoga BN akan mencapai kemenangan.

JKPKP Ps