Sunday, March 1, 2009

BANGUNLAH WAHAI MELAYUKU


Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak gelombang yang berlaku baik dari segi politik, agama dan budaya. Babak-babak bermula apabila keputusan Sultan di sanggah, ada yang sanggup menderhaka, lebih berani lagi mengheret Sultan ke Mahkamah, malah ramai 'Pak Kaduk-Pak Kaduk moden' yang sanggup tidur, baring dan mengetuk cermin kereta di Raja semata-mata memprotes perlantikan kerajaan baru di Negeri Perak. Tidak cukup dengan itu Institusi di Raja di tentang dan 'ditelanjangkan' malah di jadikan bahan gurauan dan sindirin di blog-blog maya... oleh penulis-penulis yang tidak bertauliah. Bagi mereka institusi di Raja tiada gunanya kerana mereka sudah bersetuju dengan tindakan Karpal Singh (Bukan Melayu) mengheret Raja ke Mahkamah.


Bahasa Melayu juga di perlekehkan, apabila Parlimen yang menjadi pelindung kepada intipati Perlembagaan termasuk kemuliaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dijadikan platform untuk menggesa supaya bahasa lain diiktiraf di agensi kerajaan. Bunyinya seperti menuntut ekuiti tetapi puak yang mendakwa rakyat Malaysia sejati umpama tiada jati diri. Lebih menjengkelkan apabila wujud saranan supaya bahasa Mandarin di gunakan di agensi-agensi kerajaan. Jika benar niat si pencadang itu ikhlas, terima sajalah sekolah wawasan yang mampu membentuk penguasaan bahasa pelbagai kaum, dan terima jugalah sekolah kebangsaan yang matlamatnya menyatukan pelbagai bangsa. Janganlah baru setahun jagung memerintah sudah di pasang papan tanda pelbagai bahasa, yang hanya mengelirukan rakyat, ataupun kerana ego untuk menunjukkan kuasa atau sengaja ingin menutup sejarah.

Dikatakan buta tetapi celik, dikatakan bodoh mengaku cedik, tetapi bila sombong menguasai diri, bumi di pijak tidak lagi di junjung, malah di henyak-henyak, isu bumiputeraisme vs aparteid sudah cukup untuk kita membuat kesimpulan tentang penguasaan bahasa mereka lemah, malah pengetahuan sejarah juga cetek sehingga tergamak melahirkan kenyataan yang amat dangkal sekali. Wajarkah Dasar Ekonomi Baru (DEB) disamakan dengan aperteid, sedang bangsa sekutu mereka juga kaya raya mengaut keuntungan dari dasar ini.

Persoalannya satu demi satu isu termaktub di dalam perlembagaan berkaitan dengan Melayu di ungkit dan di persoalkan. Malah lebih sadis lagi, bukan melayu tergamak memanggil pemuda melayu celaka - tetapi masih ramai Melayu belum sedar, lena diulit mimpi-mimpi nan indah, berangan menjadi mat jenin moden. Bangunlah wahai melayuku... sedarlah dari mimpi... jangan kita di jadikan pak kaduk moden... menang sorak.. kampung tergadai...

1 comment:

Hermonie said...

Sapa UMNO nak kata PAS penderhaka... bapak UMNO yang mula kan penderhakaan kepada institusi Sultan dan Raja-raja di Malaysia... UMNo lebih dahulu derhaka kepada Raja-raja Melayu... sapa yang menghina bangsa melayu...UMNO!!!!! kerana UMNOlah yang bahasa melayu tidak digunakan lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah-sekolah...pepatah melayu ada kata... "bahasa jiwa bangsa"..tampa bahasa, maka hilanglah (mati) bangsa...jadi sapa yang sebenarnya yang sedang membunuh bangsa MELAYU...UMNO!!!!
UMNO sudah tidak releven lagi di Malaysia... UMNO dah jadi penderhaka bukan sahaja kepada Raja-raja Melayu, tetapi kini ia sudah menderhaka kepada bangsa Melayu... memang patut Sing tu kata macam tu kat UMNO...penyebab kelemahan sosio-politik di Malaysia adalah UMNO...penyebab ketidakstabilan politik dan ekonomi di Perak disebabkan oleh siapa?...UMNO!!!! jadi apa lagi yang UMNO ada?...
UMNO ...jika mahu kembali cemerlang, gemilang dan terbilang...kembalilah kepada asas perjuangan mereka semula...iaitu Islam dan Melayu... jika lari dari dua paksi perjuangan tersebut maka hilanglah UMNO...ibarat burung tampa sayap...lautan tampa pantai... kereta takdak minyak...walupun cantik dilihat tapi tak berfungsi dengan sepatutnya.