Thursday, December 10, 2009

KENAPA CEPAT MELATAH

PEMBANGKANG CUIT..UMNO TOLONG PANJANGKAN ISU...

Kenapa kita perlu cepat melatah...hanya kerana pembangkang mencuit sesuatu isu...pemimpin-pemimpin UMNO pula bertelagah pendapat sehingga sanggup mengutuk sesama sendiri.... rakyat di bawah hanya mengelengkan kepala... terkedu..

Jika dilihat senario politik semasa tindakan parti pemerintah iaitu UMNO sedar atau tidak telah membantu menyenangkan tugas-tugas pembangkang.

Parti pembangkang hanya perlu mencuit dengan hanya mewujudkan apa saja isu, kemudian tugas memanjang lebarkan isu tersebut diambil alih pula oleh pemimpin parti UMNO dan Barisan Nasional.

Tentu sahaja parti pembangkang saat ini sedang ketawa terbahak-bahak melihat umpan yang diberi sudah pun mengena, malah telah pun di makan. Tanpa perlu bersusah payah.. hanya mencuit saja sesuatu isu tidak kira BTN, atau sebagainya sudah pasti ramai yang cuba menjadi hero untuk menyelesaikan isu tersebut, sehingga sanggup mengutuk rakan seperjuangan malah pemimpin yang banyak berjasa kepada negara ini.

Tentu pembangkang berfikir mereka kini tidak perlu bersusah payah memerah otak untuk memecah belahkan UMNO kerana sudah ada pemimpin dalaman yang sanggup melakukannya untuk mereka.

Pemimpin UMNO perlu sedar dan peka tentang apa sahaja helah pembangkang atau 'tactical warfare' yang digunakan bagi mengaburi pandangan rakyat, mahupun yang bertaraf pemimpin, kerana pembangkang cukup bijak mengatur dan menyusun atur plot drama, sehingga tanpa disedari kita terperangkan menerajui watak utama dalam filem yang dicipta oleh mereka... jadi beringatlah jangan cepat melatah....

Tuesday, December 8, 2009

PIJAK JANGAN TAK PIJAK

"Adakalanya tindakan jahat perlu dibalas jahat. Kalau tidak pemimpin DAP tak sedar' 'Dulu selepas pijak gambar wakil rakyat Bebas, mereka beri alasan tak nampak, jadi sekarang kita pun boleh buat alasan sama. Kita pijak selepas itu minta maaf dan bagi alasan tak nampak juga' itulah ungkapan yang keluar dari mulut Datuk Ibrahim Ali, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ( Perkasa) susulan daripada tindakan orang ramai di Dataran Kampung Paya, Batu kurau yang bertindak memijak dan membakar gambar lima pemimpin DAP.
Dulu semasa ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim lompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) tak ada pun orang Barisan Nasional (BN) pijak gambar dia, tapi kini budaya pijak memijak gambar sudah mulai menjadi satu trend.. tidak puas hati, geram atau marah, pijak gambar... bakar gambar... inilah contoh teladan yang dibawa oleh parti pembangkang sejak dipilih menjadi pemimpin oleh penyokong-penyokong atau pengikut mereka..
Prinsip Rukun Negara yang kelima 'Kesopanan dan Kesusilaan' seperti tidak diendahkan, jika beginilah sikapnya budaya pemimpin pembangkang alamat akan rosaklah akhlak dan moral generasi muda yang akan datang....Fikir-fikirlah

Friday, December 4, 2009

BILA TUAN GURU BERDOA


Doa adalah rahsia antara hamba dengan Penciptanya. Bahkan agama memang menggalakkan supaya seseorang itu berdoa dengan perlahan-lahan kerana Pencipta manusia adalah Maha Mendengar. Pencipta kita membenci orang yang berdoa dengan suara keras.

Tetapi, mengapa Tok Guru menyebutnya secara terang-terangan? Ada orang parti itu boleh tolong jawab soalan tadi? Dan kenapa Islam tidak menggalakkan berdoa secara terang-terangan? Kerana lebih banyak permusuhan daripada kebaikan yang boleh diperolehi akibat berdoa yang tidak baik, dan memberitahu orang lain tentang apa yang telah kita doakan.

Dan ingatlah, doa yang tidak baik kesudahannya akan menimpa kepada si pendoa tersebut, tambahan pula apabila dihebahkan kepada umum. Inilah akibatnya apabila agama di politikkan, nawaitu sebenar sudah hilang dari perjuangan Tok Guru. Mungkin sudah tiba masanya untuk Tok Guru berundur dan menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah dan penyucian jiwa, kerana Islam tidak pernah mengajak umatnya bermusuhan walaupun berselisihan pendapat mahupun ideologi, kerana Islam bukan politik dan politik bukan Islam, dan buruk akibatnya apabila Islam di politikkan, kerana bukan kedamaian yang diperolehi tetapi kemusnahan yang bakal menimpa, Rasullah SAW bersabda: Janganlah kamu mencerca (maki hamun) para pemimpin kamu, janganlah kamu dengki (berkhianat) terhadap mereka dan janganlah membuat mereka marah, bertakwalah kamu kepada Allah dan bersabarlah (terhadap pemimpin), sesungguhnya perkara ini adalah dekat (hanya sementara)... dan 'apabila seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang akan binasa, fikir-fikirkan lah...
'Dan janganlah kalian menjadi seperti orang-orang musyrik, iaitu orang-orang yang berpecah belah di dalam agama mereka dan menjadi berbagai golongan, setiap golongan membanggakan diri dengan apa yang ada pada mereka' (Surah Ar-Rum;31-32)
'Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. Kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain kerana boleh jadi mereka yang diolok itu lebih baik daripada mereka yang mengolok-olokkannya' (Al-Hujurat;10-11)