Saturday, March 14, 2009

TAHNIAH ADUN CHUPING; PERLANTIKAN BARU EXCO NEGERI PERLIS

Photo: YB Mansur menerima watikah perlantikan daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin
Tahniah YB En. Mansur b. Jusoh, ADUN Chuping di atas perlantikan baru sebagai Exco Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita, Pengangkutan dan Alam Sekitar. Perlantikan YB En. Mansur b. Jusoh ini akan berkuatkuasa pada 19 Mac ini. Pemilihan beliau berdasarkan hubungan akrab beliau dengan masyarakat dan beliau juga berpengalaman bertugas sebagai Penghulu suatu ketika dahulu. Majlis perlantikan beliau di adakan di Bilik Hijau, Istana Arau, di sini.

Perlantikan ADUN Chuping ini bermakna keahlian ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis kini berjumlah lapan orang. Ketika Majlis Angkat Sumpah berlangsung, kesemua wakil rakyat hadir kecuali ADUN Tambun Tulang (Dato' Seri Shahidan b. Kasim) dan ADUN Sanglang (Hashim Jasin) yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Perlis. Pada majlis ini, lapan orang mengangkat sumpah sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri termasuk perlantikan baru iaitu ADUN Chuping. Difahamkan, YB Mansur selaku Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis turut mengosongkan jawatan tersebut untuk memulakan tugas barunya.

1 comment:

Al Capone said...

Satu perkembangan yang baik kepada jentera Kerajaan Negeri. Syabas diucapkan kepada kepimpinan YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa Sabu, Menteri Besar Perlis di atas kewibawaan mentadbir Negeri Perlis