Thursday, May 14, 2009

SEBAB ALLAH HARAMKAN BABI

GAMBAR DIATAS MENUNJUKKAN KEADAAN PERUT SEORANG MANUSIA YANG MENJADIKAN BABI SEBAGAI MENU UTAMA

Subhanallah... Inilah gambaran yang sebenarnya mengapa babi diharamkan, samaada memegang atau memakannya. Sayyid Al-Qutub di dalam kitabnya ada menyebut;

'...Adapun persoalan mengenai memakan daging babi ini diperdebatkan oleh sekumpulan manusia.... babi itu sendiri bersifat kotor dan menjijikkan jiwa yang menuntut kebersihan dan kesucian, sesungguhnya pada dagingnya, pada darahnya, dalam perutnya ada CACING-CACING yang sangat merbahaya... sedangkan manusia lupa bahawa ilmu mereka memerlukan tempoh yang cukup lama untuk mengesan satu kemudaratan daripadanya. Dalam masa yang sama siapa pula yang berani mendakwa tiada mudarat-mudarat lain yang membiak dan aktif dalam daging babi sedang belum diketahui oleh mereka yang bergelar pakar. Maka syariat Allah SWT mendahului kepakaran manusia sebelum puluhan kurun?" (Sayyid Qutub, jld: 1, hlm: 156)

Maka tidak hairanlah sekarang mengapa umat manusia dilanda wabak H1N1 yang merupakan pandemic kepada keharmonian manusia sejagat, membunuh secara cepat, dan sekarang sudah menular ke Negara Asia Tenggara. Kes ini telah dikesan sejak 1816 lagi apabila seramai 20 juta orang meninggal disebabkan wabak ini. Dan ketahuilah yang haiwan bernama 'babi ' ini mempunyai anggota hidung yang boleh menyedut segala virus dan menukar virus yang di sedut samada merbahaya atau tidak menjadi virus yang amat merbahaya. Dan sesungguhnya Qalam Allah yangmengajak manusia memakan benda yang halal dan menjauhi benda yang haram mempunyai hikmah yang melangkau batas pemikiran para saintis terkini... Fikir-fikirkan lah....

Sunday, April 19, 2009

PILIHANRAYA KECIL SATU PEMBAZIRAN, RAKYAT BERHAK MENOLAK

"Terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihanraya yang tidak perlu sebenarnya, melainkan seseorang itu meninggal dunia maka ia perlu diganti tetapi perletakan jawatan ini merupakan satu mainan politik" itulah pandangan daripada Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai Pilihanraya Kecil Dun Penanti..
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga mengeluh bukan kerana penat atau bosan mengendalikan siri pilihanraya kecil yang berlangsung sebanyak 4 pilihanraya kecil selepas PRU ke 12 dan kini bakal menyusul pula yang ke 5 iaitu DUN Penanti tetapi beliau melihat ia sebagai satu trend yang sengaja diujudkan oleh parti pembangkang untuk membazirkan wang rakyat dan menjejaskan keselamatan negara.

Tahukah anda berapa banyak kos yang dibelanjakan untuk mengendalikan pilihanraya yang lepas...???

Parlimen Kuala Terengganu
SPR membelanjakan RM 450,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) RM 16 Juta
Parlimen Bukit Gantang
SPR membelanjakan RM 700,000
DUN Bukit Selambau
SPR membelanjakan RM 500,000
DUN Batang AI
SPR membelanjakan RM 500,000
Manakala PDRM membelanjakan untuk ketiga-tiga pilihanraya tersebut sebanyak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) RM 30 Juta
Lihatlah betapa besar kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dalam keadaan negara kalut menanggani krisis kegawatan ekonomi global sekarang.. Perlukah wang rakyat dibazirkan semata untuk memilih semula calon ekoran calon sedia ada sengaja meletak jawatan , perlukah keselamatan pengundi digadaikan hanya kerana penyokong-penyokong calon pembangkang cuba berlagak hero di gelanggang sendiri sehingga mengancam keselamatan penduduk setempat. Pengalaman di Permatang Pauh yang lepas sudah cukup memberi kenangan pahit kepada kita semua bagaimana proses pembuangan undi berlangsung dalam suasana kacau bilau apabila lebih 50,000 orang penyokong pembangkang cuba menakutkan pengundi untuk keluar mengundi, jalan menjadi sesak dan budaya samseng bermaharajalela.. Bukan bermakna tidak diadakan pilihanraya kecil bermakna Barisan Nasional takut atau mengaku kalah, tetapi yang penting ialah kepentingan rakyat lebih diutamakan daripada membazirkan duit rakyat dan menggadaikan keselamatan pengundi kerana mengikut mainan politik pembangkang..

Friday, April 17, 2009

PAKATAN RAKYAT SENGAJA UJUDKAN GELOMBANG PILIHANRAYA

Perletakan Mohamad Fairus Khairuddin, Adun Penanti telah membuka ruang kepada satu lagi Pilihanraya Kecil yang mungkin akan di adakan 60 hari daripada tarikh perletakan beliau sekarang. Belum habis penat 3 pilihanraya yang baru berlangsung serentak, rakyat dan kerajaan dipaksa lagi untuk mengadakan pilihanraya kecil di DUN Penanti.
Kenapalah sukar sangat untuk rakyat membuka mata dan melihat apa yang telah wakil rakyat pembangkang telah buat dan akan buat... kenapalah susah sangat rakyat hendak menilai ketidakseriusan pembangkang dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pengundi sehingga sanggup mengabaikan kepentingan rakyat.
Kenapalah rakyat tidak sedar undi mereka dipermainkan...apabila menang sesuatu kerusi, mereka akan meletak jawatan. Sebagai contoh Wan Azizah suka-suka hati melepaskan jawatannya sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh...semata-mata untuk diserahkan kepada suami tersayang. Di Bukit Selambau dan di Bukit Lanjan, pun nyari-nyaris tetapi tak jadi... tup tap..tup tap... Adun Penanti pula yang letak...
Tidak sedarkah wahai rakyat, berjuta ringgit dihabiskan untuk perbelanjaan pilihanraya dan SPR dalam menyediakan prasarana, manakala ribuan polis terpaksa dikerahkan untuk menjaga keselamatan dan keamanan sewaktu proses berkempen dan keluar mengundi... Kenapa perlu kita perlu letakkan keadaaan negara kita di dalam situasi yang genting dan sukar sedangkan kita telah hidup dalam keadaan selesa selama lebih 60 tahun... tepuk dada tanya selera...

Wednesday, April 15, 2009

TAK JADI DI BUKIT LANJAN, PILIHANRAYA KECIL DI PENANTI

Baru sahaja ADUN Bukit Lanjan memulakan tugas, ADUN Penanti membuat keputusan drastik meletak jawatan. Ini merupakan satu lagi tamparan hebat buat parti Pakatan Rakyat kerana ADUN yang mewakili Dewan Undangan Negeri Penanti yang juga merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mengumumkan meletak jawatan berkuatkuasa hari ini dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.... Hai pilihanraya kecil lagi... Inilah Pakatan Rakyat... kalau dah tahu tidak mahu memimpin lebih baik awal-awal lagi tarik diri dari bertanding... Kesian rakyat yang penat mengundi anda pada PRU 12 dipaksa mengundi lagi... Sedarlah wahai rakyat semua jangan mengulang kesilapan yang sama... Banyak lagi perkara yang perlu difikir untuk membangunkan negara di ambang kegawatan ekonomi bukan membuang tenaga dan masa untuk memilih calon yang tidak tahu memimpin... undilah dengan bijak...

Monday, March 16, 2009

SUASANA DI PARLIMEN BUKIT GANTANG


Map Bukit Gantang Melalui Satellite


Beginilah suasana menjelang pilihanraya kecil P59 Bukit Gantang....Perang Poster di merata tempat........

Ini pula perang poster provokasi parti Pembangkang... di Kuala Sepetang.....

Wahhh... panas nampak gayanya Pilihanraya Kecil di P59 Parlimen Bukit Gantang...BN & UMNO perlu berkerja kuat bagi memastikan kerusi Parlimen kali ini berpindah milik.... Chayok..Chayok..

Saturday, March 14, 2009

ISMAIL SAFIAN, CALON BN BUKIT GANTANG

Ismail Saffian merupakan Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April. Beliau berazam untuk memberikan khidmat sebaik mungkin kepada masyarakat di situ sekiranya diberikan kepercayaan untuk menjadi wakil mereka
Biodata Ismail Safian:
  • Berumur 49 tahun
  • Berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang
  • Mempunyai seorang isteri, Poziah Noh, 45
  • Mempunyai lima cahaya mata, dua lelaki dan tiga perempuan
  • Lulusan dari Universiti Sains Malaysia, Jurusan Perumahan
  • Berkhidmat sebagai Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara
  • 1984 - Memulakan kerjaya sebagai guru
  • 1988 - Setiausaha Majlis, Majlis Daerah Kerian
  • 2000- Setiausaha Majlis, Majlis Perbandaran Manjung
  • 2008 -Setiausaha Majlis, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
  • Penghujung 2008 - 2009 - Di naikkan pangkat kepada kerjaya kini
    Beliau merupakan Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Kubu dan pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Umno Bahagian Bukit Gantang dan jawatan terakhirnya adalah Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang. Ismail juga pernah bertanding untuk jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang pada tahun lepas namun tewas kepada Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Trong Datuk Rosli Husin.Beliau menyatakan akan memohon untuk bersara secara pilihan daripada jawatan itu pada Isnin ini.

RAJA PERLIS TIADA HASRAT CAMPUR TANGAN

Photo: Majlis Angkat Sumpah Anggota Exco Kerajaan Negeri Perlis, di Istana Arau.

Kangar - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah baginda tidak berhasrat campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri yang baginda sifatkan semakin bertambah baik. Namun sekiranya terdapat perkara yang memerlukan nasihat, baginda akan tetap mengeluarkan teguran dan nasihat itu.
Baginda juga menyatakan tahap penyimpan rahsia kerajaan didapati semakin baik dan tiada rahsia dibocorkan sebelum mesyuarat Exco bermula. Ini kerana suatu ketika dahulu pernah berlaku kes apabila perkara yang patut dibincangkan dalam mesyuarat Exco telah diperkatakan di kedai-kedai kopi, malah lebih keterlaluan apabila ada orang luar yang tahu keputusan mesyuarat Exco, titah Tuanku Syed Sirajuddin.
"Ingatlah jangan bocor rahsia kerajaan kepada orang luar sebelum ia di luluskan," titah baginda. Baginda turut menasihati semua wakil rakyat termasuk Exco kerajaan negeri supaya sentiasa menilai pencapaian perkhidmatan mereka samaada benar-benar berkesan kepada negeri dan rakyat.
Tuanku Syed Sirajuddin besyukur kerana kerajaan negeri tidak lagi menghulurkan 'ikan' kepada rakyat, sebaliknya telah mula memberikan 'pancing' untuk mereka mula berdikari.
"Perkara ini mustahak kerana ekonomi pun rumit. Kalau beri ikan sahaja kepada rakyat, maka rakyat akan hadapi masalah di masa depan", titah baginda.
Bagaimanapun, baginda melahirkan rasa kecewa kerana ada wakil rakyat tidak menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan dan mesyuarat tertentu menyebabkan tanggungjawab mereka menjadi tidak berkesan. Titah baginda pada majlis angkat sumpah anggota Exco Kerajaan Perlis di Istana Arau yang di hadiri oleh kesemua wakil rakyat kecuali anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, dan ADUN kawasan Sanglang. (Sumber: Sinar Harian, 14/3/09).