Friday, December 4, 2009

BILA TUAN GURU BERDOA


Doa adalah rahsia antara hamba dengan Penciptanya. Bahkan agama memang menggalakkan supaya seseorang itu berdoa dengan perlahan-lahan kerana Pencipta manusia adalah Maha Mendengar. Pencipta kita membenci orang yang berdoa dengan suara keras.

Tetapi, mengapa Tok Guru menyebutnya secara terang-terangan? Ada orang parti itu boleh tolong jawab soalan tadi? Dan kenapa Islam tidak menggalakkan berdoa secara terang-terangan? Kerana lebih banyak permusuhan daripada kebaikan yang boleh diperolehi akibat berdoa yang tidak baik, dan memberitahu orang lain tentang apa yang telah kita doakan.

Dan ingatlah, doa yang tidak baik kesudahannya akan menimpa kepada si pendoa tersebut, tambahan pula apabila dihebahkan kepada umum. Inilah akibatnya apabila agama di politikkan, nawaitu sebenar sudah hilang dari perjuangan Tok Guru. Mungkin sudah tiba masanya untuk Tok Guru berundur dan menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah dan penyucian jiwa, kerana Islam tidak pernah mengajak umatnya bermusuhan walaupun berselisihan pendapat mahupun ideologi, kerana Islam bukan politik dan politik bukan Islam, dan buruk akibatnya apabila Islam di politikkan, kerana bukan kedamaian yang diperolehi tetapi kemusnahan yang bakal menimpa, Rasullah SAW bersabda: Janganlah kamu mencerca (maki hamun) para pemimpin kamu, janganlah kamu dengki (berkhianat) terhadap mereka dan janganlah membuat mereka marah, bertakwalah kamu kepada Allah dan bersabarlah (terhadap pemimpin), sesungguhnya perkara ini adalah dekat (hanya sementara)... dan 'apabila seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang akan binasa, fikir-fikirkan lah...
'Dan janganlah kalian menjadi seperti orang-orang musyrik, iaitu orang-orang yang berpecah belah di dalam agama mereka dan menjadi berbagai golongan, setiap golongan membanggakan diri dengan apa yang ada pada mereka' (Surah Ar-Rum;31-32)
'Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. Kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain kerana boleh jadi mereka yang diolok itu lebih baik daripada mereka yang mengolok-olokkannya' (Al-Hujurat;10-11)

No comments: