Thursday, December 10, 2009

KENAPA CEPAT MELATAH

PEMBANGKANG CUIT..UMNO TOLONG PANJANGKAN ISU...

Kenapa kita perlu cepat melatah...hanya kerana pembangkang mencuit sesuatu isu...pemimpin-pemimpin UMNO pula bertelagah pendapat sehingga sanggup mengutuk sesama sendiri.... rakyat di bawah hanya mengelengkan kepala... terkedu..

Jika dilihat senario politik semasa tindakan parti pemerintah iaitu UMNO sedar atau tidak telah membantu menyenangkan tugas-tugas pembangkang.

Parti pembangkang hanya perlu mencuit dengan hanya mewujudkan apa saja isu, kemudian tugas memanjang lebarkan isu tersebut diambil alih pula oleh pemimpin parti UMNO dan Barisan Nasional.

Tentu sahaja parti pembangkang saat ini sedang ketawa terbahak-bahak melihat umpan yang diberi sudah pun mengena, malah telah pun di makan. Tanpa perlu bersusah payah.. hanya mencuit saja sesuatu isu tidak kira BTN, atau sebagainya sudah pasti ramai yang cuba menjadi hero untuk menyelesaikan isu tersebut, sehingga sanggup mengutuk rakan seperjuangan malah pemimpin yang banyak berjasa kepada negara ini.

Tentu pembangkang berfikir mereka kini tidak perlu bersusah payah memerah otak untuk memecah belahkan UMNO kerana sudah ada pemimpin dalaman yang sanggup melakukannya untuk mereka.

Pemimpin UMNO perlu sedar dan peka tentang apa sahaja helah pembangkang atau 'tactical warfare' yang digunakan bagi mengaburi pandangan rakyat, mahupun yang bertaraf pemimpin, kerana pembangkang cukup bijak mengatur dan menyusun atur plot drama, sehingga tanpa disedari kita terperangkan menerajui watak utama dalam filem yang dicipta oleh mereka... jadi beringatlah jangan cepat melatah....

No comments: