PEMBANGKANG CUIT..UMNO TOLONG PANJANGKAN ISU...Thursday, December 10, 2009
KENAPA CEPAT MELATAH
PEMBANGKANG CUIT..UMNO TOLONG PANJANGKAN ISU...Tuesday, December 8, 2009
PIJAK JANGAN TAK PIJAK
Friday, December 4, 2009
BILA TUAN GURU BERDOA

Thursday, May 14, 2009
SEBAB ALLAH HARAMKAN BABI
GAMBAR DIATAS MENUNJUKKAN KEADAAN PERUT SEORANG MANUSIA YANG MENJADIKAN BABI SEBAGAI MENU UTAMASubhanallah... Inilah gambaran yang sebenarnya mengapa babi diharamkan, samaada memegang atau memakannya. Sayyid Al-Qutub di dalam kitabnya ada menyebut;
'...Adapun persoalan mengenai memakan daging babi ini diperdebatkan oleh sekumpulan manusia.... babi itu sendiri bersifat kotor dan menjijikkan jiwa yang menuntut kebersihan dan kesucian, sesungguhnya pada dagingnya, pada darahnya, dalam perutnya ada CACING-CACING yang sangat merbahaya... sedangkan manusia lupa bahawa ilmu mereka memerlukan tempoh yang cukup lama untuk mengesan satu kemudaratan daripadanya. Dalam masa yang sama siapa pula yang berani mendakwa tiada mudarat-mudarat lain yang membiak dan aktif dalam daging babi sedang belum diketahui oleh mereka yang bergelar pakar. Maka syariat Allah SWT mendahului kepakaran manusia sebelum puluhan kurun?" (Sayyid Qutub, jld: 1, hlm: 156)
Maka tidak hairanlah sekarang mengapa umat manusia dilanda wabak H1N1 yang merupakan pandemic kepada keharmonian manusia sejagat, membunuh secara cepat, dan sekarang sudah menular ke Negara Asia Tenggara. Kes ini telah dikesan sejak 1816 lagi apabila seramai 20 juta orang meninggal disebabkan wabak ini. Dan ketahuilah yang haiwan bernama 'babi ' ini mempunyai anggota hidung yang boleh menyedut segala virus dan menukar virus yang di sedut samada merbahaya atau tidak menjadi virus yang amat merbahaya. Dan sesungguhnya Qalam Allah yangmengajak manusia memakan benda yang halal dan menjauhi benda yang haram mempunyai hikmah yang melangkau batas pemikiran para saintis terkini... Fikir-fikirkan lah....
Sunday, April 19, 2009
PILIHANRAYA KECIL SATU PEMBAZIRAN, RAKYAT BERHAK MENOLAK
"Terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihanraya yang tidak perlu sebenarnya, melainkan seseorang itu meninggal dunia maka ia perlu diganti tetapi perletakan jawatan ini merupakan satu mainan politik" itulah pandangan daripada Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai Pilihanraya Kecil Dun Penanti..Parlimen Kuala Terengganu
SPR membelanjakan RM 450,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) RM 16 Juta
SPR membelanjakan RM 700,000
DUN Bukit Selambau
SPR membelanjakan RM 500,000
DUN Batang AI
SPR membelanjakan RM 500,000
Manakala PDRM membelanjakan untuk ketiga-tiga pilihanraya tersebut sebanyak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) RM 30 Juta
Friday, April 17, 2009
PAKATAN RAKYAT SENGAJA UJUDKAN GELOMBANG PILIHANRAYA
Perletakan Mohamad Fairus Khairuddin, Adun Penanti telah membuka ruang kepada satu lagi Pilihanraya Kecil yang mungkin akan di adakan 60 hari daripada tarikh perletakan beliau sekarang. Belum habis penat 3 pilihanraya yang baru berlangsung serentak, rakyat dan kerajaan dipaksa lagi untuk mengadakan pilihanraya kecil di DUN Penanti.
Kenapalah rakyat tidak sedar undi mereka dipermainkan...apabila menang sesuatu kerusi, mereka akan meletak jawatan. Sebagai contoh Wan Azizah suka-suka hati melepaskan jawatannya sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh...semata-mata untuk diserahkan kepada suami tersayang. Di Bukit Selambau dan di Bukit Lanjan, pun nyari-nyaris tetapi tak jadi... tup tap..tup tap... Adun Penanti pula yang letak...Wednesday, April 15, 2009
TAK JADI DI BUKIT LANJAN, PILIHANRAYA KECIL DI PENANTI
Baru sahaja ADUN Bukit Lanjan memulakan tugas, ADUN Penanti membuat keputusan drastik meletak jawatan. Ini merupakan satu lagi tamparan hebat buat parti Pakatan Rakyat kerana ADUN yang mewakili Dewan Undangan Negeri Penanti yang juga merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mengumumkan meletak jawatan berkuatkuasa hari ini dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.... Hai pilihanraya kecil lagi... Inilah Pakatan Rakyat... kalau dah tahu tidak mahu memimpin lebih baik awal-awal lagi tarik diri dari bertanding... Kesian rakyat yang penat mengundi anda pada PRU 12 dipaksa mengundi lagi... Sedarlah wahai rakyat semua jangan mengulang kesilapan yang sama... Banyak lagi perkara yang perlu difikir untuk membangunkan negara di ambang kegawatan ekonomi bukan membuang tenaga dan masa untuk memilih calon yang tidak tahu memimpin... undilah dengan bijak...
